Wednesday, December 31, 2008

Pilihanraya Kecil Parlimen Kuala Terengganu

Seluruh rakyat malaysia kini tertumpu kepada Kuala Terengganu untuk mengukur sejauh mana kekuatan kerajaan khususnya BN dalam mengekalkan kuasanya di Terengganu. Masalahnya apakah kekuatan Kerajaan BN akan terus berkuasa ataupun terlepas tangan kepada pembangkang.

Kalu kita melihat perkembangan semasa memang tidak dinafikan segala kemakmuran, keselesaan dan kestabilan negara kini tidak dinilai dengan sebaik-baiknya rakyat Malaysia. Kita lebih ingin mencuba dan tidak pernah belajar dari sejarah. Kerana generasi muda kini lebih kepada kemewahan yang tidak terhingga dan akan mudah terpengaruh kepada keadaan sekeliling. Kesan tidak nampak tetapi yang nampak hanya keseronokan semata-mata.

Pilihanraya raya kecil ini pasti sengit dan tidak kira la apa isu sekali pun kerana pembangkang tetap dengan pembangkang kerana semua yang dilaksanakan oleh kerajaan tidak baik, rasuah, kroni dan boleh dikatakan semuanya tak betul la.. dan yang betul hanyalah PAS sahaja dan yang lebih teroknya mastakarat kampong yang diperbodoh-bodohkan dengan kata-kata manis berlapik ayat-ayat Suci Al-Quran dan Al-Hadis.

Berbagai taktik yang terbaru akan digunakan khususnya internet dan sms akan dilemparkan dengan pelbagai isu dan tempias akan lebih terkena kepada BN. Kalau tak percaya tengok lah nanti...... apa yang BN tak terima akan lebih dahsyat dari apa yang tidak difikirkan kini.

Pengaruh DSAI satu lagi anjakan yang besar yang boleh menggugat BN, mungkin di saat akhir pelbagai dedahan akan disemburkan kepada BN yang mungkin tidak dapat menempis tohmahan ini kerana DSAI sangat pandai dan bijak mencari masa untuk menyakinkan rakyat bahawa kata-katanya itu adalah benar tetapi apa yang ada hanya kata-kata sahaja....itulah DSAI yang semua rakyat Malaysia kenali.

Gok merasakan bahawa PAS akan meletakkan Dr.Syed Azman untuk Menentang Dato Ahmad Farid. Calon PAS cukup hebat dan berpengaruh dan BN mesti bekerja lebih keras lagi dan jangan hanya lebih diatas kertas tetapi di lapangan kosong.

Kemenangan boleh dicapai ttp sejauh manaka kekuatan BN yang tercalar pada PR umum yang lalu. Kalau rakyat boleh berfikiran dengan lebih matang.......bersyukur atas kenikmatan yang dikecapi selama ini.......dan golongan uda disedarkan akan hakikat yang benar dan nyata...pasti BN akan mencapai kemenangan.

Wednesday, December 17, 2008

Kejatuhan harga Getah

Harga getah jatuh lagi. Keluh resah para penoreh getah telah mula kedengaran tambahan sekolah nak buka tak lama lagi. Baju dan kasut sekolah dan duit buku belum nampak lagi. Nak beli buku atau nak isi perut dulu. Kalu motong pokok sendiri boleh tahanlah sikit tapi kalau bahagi dua alamat dapor pun mungkin tak berasap.
Dulu tak moh ingat nak simpan tu nak belanja saja, nah kini rasa la kerana tak senang macam dulu.
ikan kat market pun tak boleh beli, jawapnya akan nasi dengan garam kok.
itu boleh makan juga kalu sekerap tak laku langsung, nanti makan ubi kayu tapi jangan kata ubi pokok pun tak nampak.
masa dulu kat bendang ,ikan pun banyak ikut terakta pun boleh sekararong, kira lauk ada, masak sayur a dengan ikan keli dan haruan pun tiga pinggan tungging. ha.. macam nak dapat lani. habok pun tadak la..
gok ingat la orang kampong boleh hidup macam lani ,depa pandai mereka apa nak makan cumanya budak-budak lani tak lalu nak alami macam zaman dulu.
satu lagi, lintah dan pacat jadi kawan dan tak ada penyakit darah tinggi, darah rendah ka cuma masa dah lalu, dan kita cari apalah yang boleh ngap asalkan harga sekerap nak semula dan janganlah teringin nak makan sekerap cukup la...

Perpaduan misi PM


Pak Lah mahu reda ketegangan kaum, agama sebelum bersaraKUALA LUMPUR: Selepas Rang Undang-undang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah dan Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 2008 diluluskan Parlimen, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan memberi tumpuan pula terhadap misi terakhirnya untuk meredakan ketegangan kaum dan agama di kalangan rakyat sebelum melepaskan jawatannya, Mac depan. Perdana Menteri berkata, kemelesetan ekonomi dan jurang perbezaan di antara orang Melayu dan Cina serta India adalah ancaman terbesar yang dihadapi negara ini.
"Memandangkan saya akan bersara lebih awal daripada yang saya rancang, (perubahan) itu perlu dilakukan segera. "Saya fikir bagaimana untuk mengendalikan isu hubungan kaum dan ketegangan agama kerana banyak perkara seperti ini berlaku. Orang Islam berfikir dari perspektif sendiri dan bukan Islam berfikir dari perspektif mereka sendiri," katanya kepada The Associated Press (AP), semalam. Abdullah berkata, beliau boleh mewujudkan institusi "untuk semua komuniti" bagi menyuarakan permasalahan mereka. Katanya, permasalahan itu juga boleh ditangani dengan mewujudkan perundangan baru bagi menjelaskan keraguan dalam undang-undang berkaitan pertikaian agama.
Umat Islam di negara ini dilindungi undang-undang syariah berkaitan hal keluarga dan peribadi, manakala masyarakat Cina, India dan kaum lain pula tertakluk di bawah Mahkamah Sivil. Bagaimanapun, tiada garis panduan jelas mengenai mahkamah mana yang mempunyai kuasa lebih besar apabila timbul pertikaian di antara orang Islam dan bukan Islam hingga mencetuskan kekeliruan, termasuk dalam kes menuntut mayat orang India atau Cina yang memeluk Islam tanpa pengetahuan saudara si mati. "Sebahagian orang (di luar Malaysia) ketawa dalam hal itu dan berkata: Apa sebenarnya perkara ini? Tetapi ia tidak kelakar sebenarnya. Ini adalah isu yang amat, amat serius," kata Perdana Menteri. Sementara itu, Abdullah berkata beliau tidak berhasrat melupuskan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
"Penahanan untuk mencegah mempunyai peranan dalam mana-mana masyarakat dan dalam mana-mana negara demokrasi. Tetapi pemimpin sesebuah negara juga amat perlu berhati-hati bagaimana untuk mengamalkan undang-undang ini," katanya.