Wednesday, March 11, 2009

BERSATUNYA UMNO DAN PAS

Bersaudarakah...... atas nama Islam.

Hakikatnya Islam itu bersaudara...maka apa tidak kena dengan UMNO dan PAS. kalu setakat nak jadi jaguh...tak usah perasan la kerana.........tak kemana pun ,yang bergadu h pun sesama Islam, bertikam bergolok pun Islam juga..jadi kemana kita beragama Islam.

Pakatan UMNO dan PAS biarlah menjadi kenyataan dan jangan lupa letak berbagai syarat ,sebab nak bersatu dan mestilah betul-betul ikhlas......jangan tikam pula ataupun pura-pura untuk kepentingan peribadi masing-masing....ruginya orang melayu yang beragama Islam.

Demi kebaikan bersama, biarlah jelas dan tidak meyimpang dari matlamat asal, jangan bongkah, sombong dan menfitnah serta menipu sesama bangsa....apa dengan menipu sebangsa akan untung sehingga mati........apa kesan pada anak cucu kita nanti......

Masa kini, UMNO dan PAS perlu duduk semeja dan bincang serta cari jalan penyelesaian dan pakat la elok-elok untuk kejayaan bangsa dan agama Islam.

Jangan dok megah denga apa yang ada sekarang lani kerana orang lain pun akan cari jalan untuk ...pecahbelahkan kita kerana depa juga yang muslihat yang jahat untuk jahaman kita

Fikirlah pemimpin-pemimpin kita..demi kebaikan bersama dan mengangkat martabat bangsa Melayu dan agama Islam keparas yang tinggi........dihormati oleh semua kaum lain tanpa mereka berani menggugat kedudukan kita dui tanah air sendiri....

Tuesday, March 10, 2009

DERHAKA PEMBANGKANG DI PERAK

Kemelut politik Perak nampaknya tidak berkesudahan kerana pembangkang kian galak untuk menuntut hak mereka........ hak mana pun tak tau la...

Kesanya rakyat yang menjadi mangsa kerana ceramah jelajah Perak oleh Mantan Mb Nizar Jamaluddin sedikit sebanyak akan meresapi hati rakyat Perak......gokmu heran kenapa tidak ambil tindakan ke atas mereka
Bukan nak tengok sahaja......kok...kesanya nati lebih parah la.. kini ketaksuban kepada pemimpin telah menular dan makin tebal dan kuat.......tengok la masa perarakan haram PPSIM di KL.....pemimpin PAS ada..adalah mereka yang cukup kuat dan taksub kepada pemimpin.

Kerajaan dan UMNO pun janganlah berlembut sangat.......ruginya orang -orang Melayu yang beragama Islam....tak tentu kehala...dah merdehaka kepada Sultan...dimana tatasusila dan adat orang Melayu kita yang diagunkan selama kini....

Selagi berlembut.......pembangkang akan terus bermahatraja lela......tidak kira apa pun kerajaan perlu bertindak segera..........

PR Bukit Gantang juga akan dijadikan kubu untuk menghantam kerajaan khususnya UMNO termasuk PR Bukit Selambau........calon pembangkang adalah calon terbaik dan kemenangan kepada pembangkang jelas dan jitu kerana UMNO cuma bercakap dan tindakan tidak diambil...tau la depa nak tengok sampai mana........

Keadaan kini perlu orang -orang Melayu bangun untuk bersatu tanpa mengira apa pun parti kerana kedudukan orang Melayu tidak ada apa yang boleh dibanggakan kerana kuasa ekonomi adalah ditangan orang asing(Cina) begitu juga kuasa politik kerana kita melayu tak akan bersatu terutama PAS dan takut nanti UMNO hanya tinggal nama apa jadinya.......

Jangan melanggar sumpah derhaka kerana .....jangan melayu tinggal nama di tanah air sendiri...masa itu menangis berdarah sekali pun........masa sudah berlalu.......fikirlah sendiri.

Sunday, February 22, 2009

UMPAN YANG TERKENA

Kalut sungguh suasana politik negara kita la ni...... pakat lawan dok mengata hang aku...hang aku siapa pun tak tahu siapa yang betul dan boleh dipercayai..ii. jadi gok dok tengok lani nampaknya rakyat yang jadi mangsa kerana pemimpin akan mencanang perlagai isu asalkan politik diri sendiri yang selamt cukp la...boleh cakap bohong pun tak pae....

Gok melihat pakatan pembangkang...lebih terok dihentam kerana depa yang mula dulu, segala tipu helah depa semua tak menjadi..mungkin kok tak direstui oleh Tuhan yang maha kuasa.

Lani, kalu buat jahat....bayar tunai akan kita nampak siapa yang jahat kerana dari Peristiwa Baling 1974 hingga kini helahnya semua tak menjadi...jadi pun makan diri sendiri.......Inikah pemimpin yang disanjung oleh rakyat jelata.

Bagi kalangan PAS dua kali lima saje.....bercakap fasal agama depa saja yang hebat dan tau...tetapi kalau tak sokong depa..satu keturunan dikutuk habis habisan......kalu sokong dan katakan PAS berjuang untuk Islam selamatlah kamu........percayalah.

Kini kita menanti PR kecil Bukit Gantang dan Bukit Selambau, gok dok tengok pembangkang akan menaikkan semangat rakyat untuk menolak UMNO kerana rakyat dah muak dan jijik dengan perangai UMNO dan kerajaan. kata dema, rakyat yang benci tapi yang benci tu adalah orang-orang yang taksub dengan PAS dan Keadilan serta HINDRAF....itu saja.

Isu tak payah la diulas kerana ianya akan terbit pada masa kempen nanti...yang tak ada diadakan, yang tak betul dibetulkan oleh pembangkang asalkan mereka untung...itulah pembangkang negara kita.

Kini, samalah kita lihat sejauh manak kekuatana kerajaan/UMNO dalam menangani kedua PR kecil ,jangan kalah lagi.....kalau tidak...tak tau apa nak jadi.......

Saturday, February 7, 2009

Riuhnya Politik di Perak

Episod demotrasi jalanan berulang kembali...Apa jadahnya dengan Pakatan Rakyat yang diterajui oleh PKR, PAS dan DAP. Tetapi kali ini lebih terok akan bahananya kerana kedaulatan Sultan Perak dicabar gara-gara kuasa politik mereka hilang dalam masa 11 bulan memerintah Perak.

Kemana taat setia dan tatasusila orang melayu terhadap ketuaanan Raja-Raja Melayu. Sultan Perak bukan sebarangan kerana Baginda Sultan Perak adalah Bekas Ketua Hakim Negara. Pecaturan yang dilakukan oleh Sultan telah diperhalusinya dan kita sebagai rakyat jangan pula lebih pandai dari undang-undang negara ataupun terdorong oleh kata-kata jahat dari pemimpin atasan pembangkang seperti DSAI, Pengerusi DAP hatta Presiden PAS. Mereka semua sekarang lebih berani dan sanggup pula mencabar kedudukan Sultan Perak waima mengheret Sultan dalam dalam saman menyaman.....Ini kah melayu yang dilahirkan oleh mereka..... atau melayu yang mencabar Raja demi kedudukan politik mereka.

Kian lama, mereka suka menyalah orang saja, apa yang dibuat oleh BN semua tak betul, haram dan kuat makan rasuah...hingga tak satu pun yang mereka katakan baik dan bersyukur diatas kenikmatan yang dikecapi selama ini.Itu mereka yang sombong, bongkah dan tamak kenikmatan dunia yang dikecapi oleh negara kita Malaysia. Tidak malu atau jijik bangsa melayu dimata kaum lain......hero yang tak kena tempat dan gaya........habok saja yang ade....

Demotrasi jalanan selepas sembahyang jumaat.........apakah itu yang diajar oleh Islam dan bangsa melayu bangga dengan cara yang dihalal oleh mereka-mereka yang tidak bertamadun itu......... sedar dan lihat apa yang terjadi pada bangsa lain kerana mereka mahu kita bergaduh sesama sendiri dan sanggup cabar Sultan , dimanakah kita nak bertuan dan berlindung.....Fikirlah sendiri.

Soal agama dan bangsa Melayu yang bertuan Sultan bukan barangan mainan dan kini ianya telah hilang rasa hormat dan menjunjung kasih pada Sultan.Angkara siapa pengacau-pengacau pembangkang yang memang digelar Raja Samseng Jalanan....Hebatkah mereka....?

Berkuasa dengan minoriti dan boneka DAP telah jelas kerana yang untung hanya satu kaum sahaja dan kalu tiada undang-undang tubuh mengatakan Mb mestilah orang melayu, maka jangan harap la nak duduk senang dan berkuasa sperti kini rasanya nak bersuara pun tak boleh dan mungkin lebih dahsyat dari apa yang dijangkakan.

Tindakan keras dan drasti perlu dijalankan dengan mengharam mereka-mereka yang mencabar Sultan Perak masuk ke Perak atau ditahan bawah ISA ataupun berambus dari tanah air ini.

Kalau tak bertindak mereka akan melakukan lebih banyak dan menjadikan demotrasi jalanan sebagai satu senjata untuk menghalal tindakan mereka...ttp yang penting jangan Melayu derhaka kepada Sultan....kerana yang tinggal nanti hanya nama Melayu sahaja........

Anak cicit kita kok mana.....pula dan jangan biarkan mereka pula mencaci dan menghina kita kerana apa yang kita tinggalkan telah menzalimi mereka........dima kita bangsa Melayu sebenarnya dan apa yang kita mahu............?

Wednesday, December 31, 2008

Pilihanraya Kecil Parlimen Kuala Terengganu

Seluruh rakyat malaysia kini tertumpu kepada Kuala Terengganu untuk mengukur sejauh mana kekuatan kerajaan khususnya BN dalam mengekalkan kuasanya di Terengganu. Masalahnya apakah kekuatan Kerajaan BN akan terus berkuasa ataupun terlepas tangan kepada pembangkang.

Kalu kita melihat perkembangan semasa memang tidak dinafikan segala kemakmuran, keselesaan dan kestabilan negara kini tidak dinilai dengan sebaik-baiknya rakyat Malaysia. Kita lebih ingin mencuba dan tidak pernah belajar dari sejarah. Kerana generasi muda kini lebih kepada kemewahan yang tidak terhingga dan akan mudah terpengaruh kepada keadaan sekeliling. Kesan tidak nampak tetapi yang nampak hanya keseronokan semata-mata.

Pilihanraya raya kecil ini pasti sengit dan tidak kira la apa isu sekali pun kerana pembangkang tetap dengan pembangkang kerana semua yang dilaksanakan oleh kerajaan tidak baik, rasuah, kroni dan boleh dikatakan semuanya tak betul la.. dan yang betul hanyalah PAS sahaja dan yang lebih teroknya mastakarat kampong yang diperbodoh-bodohkan dengan kata-kata manis berlapik ayat-ayat Suci Al-Quran dan Al-Hadis.

Berbagai taktik yang terbaru akan digunakan khususnya internet dan sms akan dilemparkan dengan pelbagai isu dan tempias akan lebih terkena kepada BN. Kalau tak percaya tengok lah nanti...... apa yang BN tak terima akan lebih dahsyat dari apa yang tidak difikirkan kini.

Pengaruh DSAI satu lagi anjakan yang besar yang boleh menggugat BN, mungkin di saat akhir pelbagai dedahan akan disemburkan kepada BN yang mungkin tidak dapat menempis tohmahan ini kerana DSAI sangat pandai dan bijak mencari masa untuk menyakinkan rakyat bahawa kata-katanya itu adalah benar tetapi apa yang ada hanya kata-kata sahaja....itulah DSAI yang semua rakyat Malaysia kenali.

Gok merasakan bahawa PAS akan meletakkan Dr.Syed Azman untuk Menentang Dato Ahmad Farid. Calon PAS cukup hebat dan berpengaruh dan BN mesti bekerja lebih keras lagi dan jangan hanya lebih diatas kertas tetapi di lapangan kosong.

Kemenangan boleh dicapai ttp sejauh manaka kekuatan BN yang tercalar pada PR umum yang lalu. Kalau rakyat boleh berfikiran dengan lebih matang.......bersyukur atas kenikmatan yang dikecapi selama ini.......dan golongan uda disedarkan akan hakikat yang benar dan nyata...pasti BN akan mencapai kemenangan.

Wednesday, December 17, 2008

Kejatuhan harga Getah

Harga getah jatuh lagi. Keluh resah para penoreh getah telah mula kedengaran tambahan sekolah nak buka tak lama lagi. Baju dan kasut sekolah dan duit buku belum nampak lagi. Nak beli buku atau nak isi perut dulu. Kalu motong pokok sendiri boleh tahanlah sikit tapi kalau bahagi dua alamat dapor pun mungkin tak berasap.
Dulu tak moh ingat nak simpan tu nak belanja saja, nah kini rasa la kerana tak senang macam dulu.
ikan kat market pun tak boleh beli, jawapnya akan nasi dengan garam kok.
itu boleh makan juga kalu sekerap tak laku langsung, nanti makan ubi kayu tapi jangan kata ubi pokok pun tak nampak.
masa dulu kat bendang ,ikan pun banyak ikut terakta pun boleh sekararong, kira lauk ada, masak sayur a dengan ikan keli dan haruan pun tiga pinggan tungging. ha.. macam nak dapat lani. habok pun tadak la..
gok ingat la orang kampong boleh hidup macam lani ,depa pandai mereka apa nak makan cumanya budak-budak lani tak lalu nak alami macam zaman dulu.
satu lagi, lintah dan pacat jadi kawan dan tak ada penyakit darah tinggi, darah rendah ka cuma masa dah lalu, dan kita cari apalah yang boleh ngap asalkan harga sekerap nak semula dan janganlah teringin nak makan sekerap cukup la...

Perpaduan misi PM


Pak Lah mahu reda ketegangan kaum, agama sebelum bersaraKUALA LUMPUR: Selepas Rang Undang-undang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah dan Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 2008 diluluskan Parlimen, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan memberi tumpuan pula terhadap misi terakhirnya untuk meredakan ketegangan kaum dan agama di kalangan rakyat sebelum melepaskan jawatannya, Mac depan. Perdana Menteri berkata, kemelesetan ekonomi dan jurang perbezaan di antara orang Melayu dan Cina serta India adalah ancaman terbesar yang dihadapi negara ini.
"Memandangkan saya akan bersara lebih awal daripada yang saya rancang, (perubahan) itu perlu dilakukan segera. "Saya fikir bagaimana untuk mengendalikan isu hubungan kaum dan ketegangan agama kerana banyak perkara seperti ini berlaku. Orang Islam berfikir dari perspektif sendiri dan bukan Islam berfikir dari perspektif mereka sendiri," katanya kepada The Associated Press (AP), semalam. Abdullah berkata, beliau boleh mewujudkan institusi "untuk semua komuniti" bagi menyuarakan permasalahan mereka. Katanya, permasalahan itu juga boleh ditangani dengan mewujudkan perundangan baru bagi menjelaskan keraguan dalam undang-undang berkaitan pertikaian agama.
Umat Islam di negara ini dilindungi undang-undang syariah berkaitan hal keluarga dan peribadi, manakala masyarakat Cina, India dan kaum lain pula tertakluk di bawah Mahkamah Sivil. Bagaimanapun, tiada garis panduan jelas mengenai mahkamah mana yang mempunyai kuasa lebih besar apabila timbul pertikaian di antara orang Islam dan bukan Islam hingga mencetuskan kekeliruan, termasuk dalam kes menuntut mayat orang India atau Cina yang memeluk Islam tanpa pengetahuan saudara si mati. "Sebahagian orang (di luar Malaysia) ketawa dalam hal itu dan berkata: Apa sebenarnya perkara ini? Tetapi ia tidak kelakar sebenarnya. Ini adalah isu yang amat, amat serius," kata Perdana Menteri. Sementara itu, Abdullah berkata beliau tidak berhasrat melupuskan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
"Penahanan untuk mencegah mempunyai peranan dalam mana-mana masyarakat dan dalam mana-mana negara demokrasi. Tetapi pemimpin sesebuah negara juga amat perlu berhati-hati bagaimana untuk mengamalkan undang-undang ini," katanya.