Saturday, February 7, 2009

Riuhnya Politik di Perak

Episod demotrasi jalanan berulang kembali...Apa jadahnya dengan Pakatan Rakyat yang diterajui oleh PKR, PAS dan DAP. Tetapi kali ini lebih terok akan bahananya kerana kedaulatan Sultan Perak dicabar gara-gara kuasa politik mereka hilang dalam masa 11 bulan memerintah Perak.

Kemana taat setia dan tatasusila orang melayu terhadap ketuaanan Raja-Raja Melayu. Sultan Perak bukan sebarangan kerana Baginda Sultan Perak adalah Bekas Ketua Hakim Negara. Pecaturan yang dilakukan oleh Sultan telah diperhalusinya dan kita sebagai rakyat jangan pula lebih pandai dari undang-undang negara ataupun terdorong oleh kata-kata jahat dari pemimpin atasan pembangkang seperti DSAI, Pengerusi DAP hatta Presiden PAS. Mereka semua sekarang lebih berani dan sanggup pula mencabar kedudukan Sultan Perak waima mengheret Sultan dalam dalam saman menyaman.....Ini kah melayu yang dilahirkan oleh mereka..... atau melayu yang mencabar Raja demi kedudukan politik mereka.

Kian lama, mereka suka menyalah orang saja, apa yang dibuat oleh BN semua tak betul, haram dan kuat makan rasuah...hingga tak satu pun yang mereka katakan baik dan bersyukur diatas kenikmatan yang dikecapi selama ini.Itu mereka yang sombong, bongkah dan tamak kenikmatan dunia yang dikecapi oleh negara kita Malaysia. Tidak malu atau jijik bangsa melayu dimata kaum lain......hero yang tak kena tempat dan gaya........habok saja yang ade....

Demotrasi jalanan selepas sembahyang jumaat.........apakah itu yang diajar oleh Islam dan bangsa melayu bangga dengan cara yang dihalal oleh mereka-mereka yang tidak bertamadun itu......... sedar dan lihat apa yang terjadi pada bangsa lain kerana mereka mahu kita bergaduh sesama sendiri dan sanggup cabar Sultan , dimanakah kita nak bertuan dan berlindung.....Fikirlah sendiri.

Soal agama dan bangsa Melayu yang bertuan Sultan bukan barangan mainan dan kini ianya telah hilang rasa hormat dan menjunjung kasih pada Sultan.Angkara siapa pengacau-pengacau pembangkang yang memang digelar Raja Samseng Jalanan....Hebatkah mereka....?

Berkuasa dengan minoriti dan boneka DAP telah jelas kerana yang untung hanya satu kaum sahaja dan kalu tiada undang-undang tubuh mengatakan Mb mestilah orang melayu, maka jangan harap la nak duduk senang dan berkuasa sperti kini rasanya nak bersuara pun tak boleh dan mungkin lebih dahsyat dari apa yang dijangkakan.

Tindakan keras dan drasti perlu dijalankan dengan mengharam mereka-mereka yang mencabar Sultan Perak masuk ke Perak atau ditahan bawah ISA ataupun berambus dari tanah air ini.

Kalau tak bertindak mereka akan melakukan lebih banyak dan menjadikan demotrasi jalanan sebagai satu senjata untuk menghalal tindakan mereka...ttp yang penting jangan Melayu derhaka kepada Sultan....kerana yang tinggal nanti hanya nama Melayu sahaja........

Anak cicit kita kok mana.....pula dan jangan biarkan mereka pula mencaci dan menghina kita kerana apa yang kita tinggalkan telah menzalimi mereka........dima kita bangsa Melayu sebenarnya dan apa yang kita mahu............?

No comments:

Post a Comment